[VIDEO] Lelaki Indonesia dayus, tarik rambut kekasih sedang bekerja sampai trauma


  • Benua
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Tangkap layar mangsa (dalam bulatan) dikasari teman lelakinya ketika sedang sedang bekerja di sebuah premis perkakas rumah terkemuka di Indonesia baru-baru ini. — Agensi

TULAR satu video memaparkan seorang wanita dikasari kekasihnya di sebuah premis perkakas rumah terkemuka pada Jumaat di media sosial.

Video berdurasi kurang seminit itu turut menjadi bualan ramai gara-gara lelaki tersebut bertindak kasar dan menarik rambut teman wanitanya yang sedang bekerja.

Malah, lelaki itu juga bertindak menampar muka wanita tersebut sehingga terjatuh sebelum mengheretnya keluar daripada premis tersebut.

Melalui video yang dikongsikan itu, ia didakwa berlaku di salah sebuah cawangan premis perkakas rumah yang berlokasi di Kuala Lumpur.

Namun hasil pemerhatian Majoriti, kejadian itu sebenarnya berlaku di Indonesia baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Sewa bilik RM9 sejam, murid sekolah menengah antara 5 pasangan kena cekup buat maksiat

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

Video tersebut juga dimuat naik di laman media sosial Instagram Vavien pada Khamis.

Namun tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun.News, tidak dapat dipastikan punca sebenar lelaki berkenaan mengasari kekasihnya sedemikian rupa.

Kejadian itu berjaya dirakam kamera litar televisyen (CCTV) premis tersebut dan dimuat naik semula rakan mangsa, di laman X (Twitter).

"Belum berkahwin tetapi dah berani nak pukul kawan aku. Aku muat naik video ini di sosial media untuk dijadikan bukti.

"Lokasi aku terpaksa rahsiakan. Hati-hati dalam memilih pasangan anda," ciapnya.

Tambahnya lagi, mangsa kini masih berada dalam keadaan trauma dan takut untuk keluar rumah.

"Ya kawan aku masih lagi trauma dan takut dengan keadaan sekeliling," katanya.

Setakat berita ini ditulis, mangsa telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa tempatan dan kes itu masih lagi dalam siasatan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram