Gempa bumi 3.6 magnitud landa perairan Timur Sabah


  • Primer
  • Sabtu, 27 Jan 2024

MetMalaysia melaporkan gempa berukuran 3.6 magnitud melanda perairan Timur Sabah kira-kira pukul 2.11 petang Sabtu. — Facebook/MetMalaysia

GEMPA bumi lemah berukuran 3.6 magnitud dilaporkan berlaku di Perairan Timur Sabah kira-kira pukul 2.11 petang Sabtu.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada jarak 57 kilometer (km) dari Sandakan, Sabah.

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk cemas, menyorok selamatkan diri ketika gempa bumi 7.4 magnitud melanda Jepun

Jelasnya, gempa tersebut berpusat pada kedalaman 10 km dan pada koordinat 6.2° Utara dan 118.4° Timur.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram