[VIDEO] Lagak macam profesional, 3 pencuri kantoi pecah kereta 2 kali di Kedah


  • Tular
  • Khamis, 16 Nov 2023

Tangkap layar CCTV memaparkan kejadian kecurian yang dilakukan oleh tiga individu di Taman Sejati Indah, Kedah baru-baru ini.

SERAMAI tiga individu dipercayai mencuri barang di dalam sebuah kereta yang terletak di kawasan perumahan di Taman Sejati Indah berhampiran Park Avenue, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh seorang pemilik kereta pada Khamis, kejadian bukan kali pertama berlaku kerana individu terbabit dikatakan sudah melakukan aktiviti sama sebelum ini.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tiga pencuri itu dilihat melakukan aktiviti tersebut pada waktu malam dengan menggunakan pelbagai peralatan.

Dalam video itu, tiga individu yang menunggang motosikal dilihat melakukan jenayah tersebut secara profesional kerana dilihat hanya seorang yang memecah masuk kereta manakala dua lagi mengawasi situasi di lokasi kejadian.

Pada masa sama, tarikh kejadian pertama dan kedua difahamkan hanya berselang satu bulan lebih dan mereka dikatakan sudah semakin berani untuk melakukan jenayah tersebut.

Sementara itu, pemilik kereta berkenaan turut meminta orang awam untuk menyebarkan video tersebut dan berkongsi informasi agar pencuri itu diambil tindakan segera.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram