DBKL henti terima permohonan baharu bagi program FTZ


  • Massa
  • Khamis, 11 Jan 2024

Laporan StarMetro pada Isnin mengenai Lesen KL Madani

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberhentikan penerimaan permohonan baharu untuk Lesen KL Madani, yang dikeluarkan di bawah program Zon Perdagangan Bebas (FTZ).

Lesen itu sebelum ini dikenali sebagai Lesen Prihatin KL.

Menurut kenyataan daripada Unit Korporat Komunikasi DBKL, pemilik lesen yang sedia ada boleh terus memperbaharui lesen mereka setiap enam bulan.

Kenyataan itu juga mengatakan peniaga di kawasan 'hotspot' yang menerima pelbagai aduan mengenai halangan, kebersihan dan kesesakan bakal dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai.

BACA LAGI: Jumlah kutipan sampah di KL menurun tapi paling banyak malam tahun baharu

Seen a few worker doing their job at Dewan Bandaraya Kuala Lumpur building in Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DBKL mengenal pasti 11 lokasi baharu untuk peniaga Lesen KL Madani.

Buat masa ini, peniaga beroperasi di sembilan lokasi tersebut dan dijangka lagi dua lokasi akan beroperasi pada awal Februari.

Lokasi baharu itu termasuk medan selera DBKL dan pelbagai kawasan pasar di bandar.

Di bawah program Lesen KL Madani, peniaga dikehendaki membayar yuran lesen sebanyak RM 20 dan RM 30 untuk bayaran operasi bulanan.

Baru-baru ini, StarMetro melaporkan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sedang mengkaji keberkesanan program FTZ untuk peniaga jalanan.

Program itu dilancarkan pada 10 November 2020 dan bertujuan untuk menolong golongan B40 untuk memperoleh pendapatan semasa Covid-19.

Program tersebut telah dilanjutkan sebanyak lima kali dan berakhir pada hujung Disember 2023.

Rata-rata penduduk menyuarakan kerisauan mereka mengenai segelintir peniaga yang melanggar persetujuan perlesenan, sekali gus memberi impak buruk kepada keselamatan dan kebersihan.

Antara isu berbangkit termasuk halangan yang disebabkan oleh peniaga yang meninggalkan barang meniaga mereka seperti kerusi, meja, dan khemah selepas waktu berniaga, dan mereka yang berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan.

Sejak penubuhannya, lebih 5,000 lesen berniaga telah dikeluarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. — The Star/BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram