[VIDEO] Polis saman pemandu 'buat pekak' tak hirau siren bomba di Kulim


  • 112
  • Rabu, 10 Jan 2024

Tangkap layar seorang pemandu menghalang laluan kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan dekat Jalan Lunas-Padang Serai, Kulim pada Ahad lalu.

SEORANG lelaki disaman polis susulan tindakannya yang menghalang kenderaan Pasukan Bomba Sukarela di laluan kecemasan di Jalan Lunas-Padang Serai, dekat Kulim, Kedah pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 40 saat tular di media sosial Selasa yang memaparkan tindakan sebuah kereta enggan memberi laluan kepada kenderaan pasukan bomba di laluan kecemasan.

"Kejadian yang tular itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, Ahad lalu. Pihak terlibat iaitu seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengalami masalah pendengaran telah dipanggil hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dan tindakan saman telah dikenakan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider langgar wanita di Wangsa Maju bersungguh-sungguh ‘explain’ sebelum tiba-tiba hilang lepas ambulans sampai

Terdahulu Majoriti melaporkan seorang pemandu kereta jenis Proton Ertiga didakwa sengaja menghalang kenderaan bomba di sebuah jalan raya dekat Kulim, Kedah.

BACA LAGI: [VIDEO] Luluh hati isteri, suami meninggal dunia gara-gara pemandu bongkak halang laluan ambulans

Meskipun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pelaku yang dirakam memandu laju di lorong kanan enggan memberi laluan kepada kenderaan tersebut.

Video tular itu dikongsikan di laman Facebook dan meraih lebih 10,000 tontonan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram