[VIDEO] Subahat ceroboh kediaman MB Selangor, 2 penyokong PN dan wartawan tempatan kena tangkap


  • Tular
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Tangkap layar tiga lelaki termasuk seorang wartawan tempatan yang didakwa menceroboh masuk kediaman Amirudin Shari di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

DUA lelaki dipercayai penyokong parti Perikatan Nasional (PN) dan seorang wartawan tempatan ditangkap selepas didakwa menceroboh masuk kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Tangkapan itu dibuat selepas penyelia kediaman tersebut menerima panggilan daripada pegawai polis di pondok pengawal yang memaklumkan kehadiran individu berkenaan.

Namun, menurutnya, tiada sebarang undangan mahupun perjumpaan diaturkan berhubung hal berkenaan dan selepas itu, seorang individu lelaki didakwa penyokong PN pula tiba atas alasan ingin menghadiri mesyuarat di kediaman Amiruddin.

BACA LAGI: [VIDEO] MB Selangor ‘sekolahkan’ Sanusi, ajar cara nak majukan Kedah

Selepas melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan yang dipandu, wartawan terbabit dijumpai sedang menyorok di kerusi penumpang bahagian belakang dipercayai ingin sekali lagi cuba memasuki ke rumah berkenaan.

Rakaman kejadian dimuat naik di laman media dan hangat diperkatakan netizen.

Dalam pada itu, satu laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dibuat berhubung hal terbabit dan kes itu diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Belum ada sebarang kenyataan rasmi dibuat Amirudin berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai diminta untuk tidak mencetuskan spekulasi berkaitan isu tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram