[VIDEO] Lori tersadai, 3 laluan dari JB-Kuantan ditutup akibat banjir


  • Massa
  • Selasa, 02 Jan 2024

Tangkap layar air banjir naik di laluan sekitar kawasan jalan Mersing, Johor ke Endau, Rompin, Pahang pada Isnin.

TIGA lokasi sepanjang laluan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan, Pahang ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan kawasan itu dinaiki air tinggi akibat hujan berterusan sejak Isnin malam.

Antara lokasi terkesan adalah di sekitar jambatan Sungai Ambat berdekatan kilang sawit RISDA, Johor selepas dinaiki air 0.4 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kenyataannya pada Selasa mengesahkan, tiada jalan alternatif disediakan buat pemandu ketika ini.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kami bukan ikan hidup dalam air', penduduk Rantau Panjang serik kerap hadapi banjir akibat 'benteng puaka'

"Turut dinaiki air di kawasan selekoh Tasek Kecil dan Batu Gibon, jalan Mersing, Johor ke Endau, Rompin, Pahang.

"Laluan sepanjang 100 meter itu dinaiki air sedalam 0.26 hingga 0.3 meter dan disertai arus kuat.

"Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif melalui jalan Jamaluang dan jalan Nitar untuk ke Kluang atau Johor Bahru," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, beberapa buah kenderaan termasuk lori dilaporkan terperangkap di laluan di jambatan Ambat bermula pukul 7 pagi Selasa selepas air sungai melimpah di kawasan berkenaan.

BACA LAGI: Banjir Kelantan: Kerajaan peruntuk bantuan RM50 juta, setiap keluarga terjejas terima RM1,000

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan mangsa mahupun insiden tidak diingini dilaporkan berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram