[VIDEO] Samseng jalanan sanggup redah kedai makan elak dicekup polis di Klang


  • 112
  • Selasa, 02 Jan 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal merempuh beberapa buah premis makan di Pandamaran, Klang, Selangor bagi mengelak daripada ditahan polis.

BEBERAPA penunggang motosikal bertindak di luar kawalan apabila merempuh sekatan polis dan deretan premis kedai makan di Klang, Selangor pada Isnin.

Perbuatan itu susulan Operasi Khas Samseng Jalanan dijalankan Polis Klang Selatan di kawasan sekitar Pandamaran, Klang yang menyaksikan sekumpulan penunggang terlebih dahulu melakukan aksi berbahaya sebelum bergaduh dan melawan arus trafik di laluan berkenaan.

Baca lagi: [VIDEO] Baru lepas keluar duit dekat bank, lelaki kena samun di lampu isyarat Klang

Rakaman tular di Twitter memaparkan seorang penunggang lelaki sanggup merempuh kedai makan demi meloloskan diri daripada dicekup polis.

Polis Klang Selatan menerusi kenyataan di laman Facebook berkata, seramai tiga orang suspek telah berjaya diberkas polis yang melibatkan kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya dalam Op Khas Ambang Tahun Baharu peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Isnin malam.

Baca lagi: [VIDEO] Pamer gaya 'superman', polis buru sekumpulan penunggang tergolek di LPT1

Selain tangkapan, sebanyak 180 buah kenderaan dan seramai 202 individu diperiksa dengan 86 buah motosikal disita serta sebanyak 303 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Pihak polis dalam pada masa sama berharap agar masyarakat dapat membantu serta menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 0333762222 atau 0333762210 sepanjang operasi itu dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram