[VIDEO] Tayar monorel di Stesen Titiwangsa tercabut sebelum terbakar


  • 112
  • Selasa, 19 Dis 2023

Sebuah tayar monorel dilaporkan terbakar selepas terjatuh di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. — Ihsan bomba

KECOH apabila tayar monorel dilaporkan terjatuh sebelum terbakar dalam insiden yang berlaku di laluan Stesen Monorel Titiwangsa dekat Kuala Lumpur pada Selasa.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada pukul 12.57 tengah hari.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

BACA LAGI : [VIDEO] Dua lelaki maut dihempap pokok tumbang di Ampang — Polis

"Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel telah terjatuh sebelum terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Nooridzwan berkata, anggota bomba terlibat kemudiannya menjalankan kerja pemadaman di lokasi kejadian.

"Kebakaran kemudian dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera. Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa yang terlibat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram