[VIDEO] Dua lelaki maut dihempap pokok tumbang di Ampang — Polis


  • 112
  • Selasa, 19 Dis 2023

Pihak bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat seorang mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya Utara dekat Ampang pada Selasa.

DUA lelaki maut dihempap pokok tumbang di Jalan Bukit Belacan Kampung Lembah Jaya Utara dekat Ampang,Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya telah menerima maklumat awal berkaitan satu kejadian pokok tumbang dan telah menghempap sebuah kereta dan motosikal di lokasi kejadian pada 3.51 petang.

Katanya, kejadian membabitkan dua mangsa lelaki tempatan.

“Pemandu kereta maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Ampang.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan oleh pasukan bomba dan Angkatan Pertahanan Awam,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 3.51 petang tadi.

Katanya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta jenis Avanza dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan, dua orang individu didapati cedera dalam kejadian ini,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram