TERUJA dengan hadiah mingguan yang dimenangi, Lee Song Jin, 28 tahun yang juga pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti tidak menyangka nasib menyebelahinya.
Dia yang memenangi haruman Paco Rabanne Phantom meluahkan kegembiraannya dengan mengajak seluruh ahli keluarganya untuk menyertai kempen ini.
"Saya ada beritahu ahli keluarga untuk sama-sama sertai dan menang hadiah lain juga," katanya kepada Majoriti.
Pada masa yang sama, Song Jin juga gemar mencari kandungan berita terutamanya tentang sukan di portal tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pemenang, Fairul Azli Jamaluddin, 40 tahun tidak menyangka akan menjadi antara pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Bagaikan tidak percaya, Fairul Azli mengaku, ia adalah kempen pertama seumpamanya yang disertainya.
"Saya memang tidak sangka akan menang kerana saya tidak pernah menyertai program atau kempen seperti ini," katanya.
Fairul Azli antara pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Berkongsi perasaannya bersama Majoriti, dia tidak teragak-agak untuk menyertai kempen itu selepas mendengarnya di radio.
"Saya dapat tahu kempen ini melalui Suria FM dan saya memang tertarik untuk sertai kempen ini," katanya.
Walaupun baharu sahaja melanggan, Fairul yang sudah memenangi haruman Carolina Herrera Bad Boy juga menaruh harapan untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.
Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti ini menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta selama 18 minggu.
Bukan itu sahaja, hadiah lumayan lain juga bakal dibawa pulang termasuk hadiah utama iaitu sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 sahaja ini bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram