Pakej percutian RM4,890 antara hadiah 10 pemenang minggu pertama Kempen Langgan & Menang Majoriti


  • Bizz
  • Jumaat, 25 Ogos 2023

Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (empat dari kiri) dan Pengurus kanan besar dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee ketika bersama penaja-penaja melancarkan kempen Majoriti Langgan dan Menang pada 16 Ogos lalu.

DEBARAN minggu pertama Kempen Langgan dan Menang Majoriti sempena ulang tahun kedua portal ini akhirnya terlerai apabila 10 pemenang bertuah diumumkan pada Jumaat dengan melibatkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000.

Dua pemenang bertuah, Asim Ng dan Ismanidar Razali berjaya membawa pulang hadiah menarik iaitu haruman lelaki jenama Carolina Herrera Bad Boy 50ml bernilai RM290.

Dua lagi pemenang yang diumumkan iaitu Cheryl Lim dan Nik Hambali Nik Ismail Azlan turut memenangi haruman berjenama PRF Phantom.

Sementara itu, Isa Ng Mohd Jaafar Ng, Mohamed Raffi Habibullah dan Adib Kong Bin Mohamad Idris masing-masing berjaya membawa pulang haruman wanita berjenama Nina Ricci Nina Rose/Nina Rogue 80ml bernilai RM355; beg galas, Toodle Backpack dan sebuah jam tangan lelaki berjenama Braun Buffel.

Tidak hanya itu, dua orang lagi pemenang bertuah, Nor Fazilah Fadli dan Mohd Azriq Saufi Abdul Rahim bakal menikmati percutian hebat selama dua hari satu malam di Panorama Pool Villa, Lexis Hotel & Resorts di Port Dickson, Negeri Sembilan, termasuk hidangan sarapan untuk enam orang bernilai RM4,890.

Selain itu, pemenang seterusnya, Aimi Najwa Ghazali menerima hadiah berupa sebuah bagasi, Ellen Spinner 68/25 TSA berwarna merah.

WhatsApp Image 2023-08-25 at 18.49.29

Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Bersempena ulang tahun keduanya, Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Pembaca portal ini juga berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Selain itu, pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada juga berpeluang memenangi hadiah mingguan selama 18 minggu.

Kempen ini turut disokongi oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah kempen ini kerana masih ada berbaki 17 minggu dan anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://langgan.majoriti.com.my/majoriti2tahun/Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram