KEGIGIHAN seorang eksekutif perniagaan yang gemar menyertai setiap peraduan diadakan di dalam negara ternyata tidak sia-sia apabila diumumkan sebagai antara pemenang terawal hadiah minggunan dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Nik Hambali Nik Ismail Azlan, 32, berkata, sama seperti ketika menyertai peraduan lain yang banyak dianjurkan di Malaysia, dia sememangnya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi sebarang hadiah ditawarkan.
"Terus-terang saya memang suka masuk peraduan dengan isteri. Cumanya itulah, kalau kata nak menang itu tidaklah selalu. Ikut nasib.
"Jadi bila dapat kali ini, memang gembira dan teruja. Mungkin nak ajak isteri sekali untuk ikut serta bagi tinggikan lagi peluang untuk menang," katanya ketika ditemui Majoriti.
Nik Hambali yang juga seorang eksekutif perniagaan membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi PRF Phantom keluaran Paco Rabanne.
Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (tengah) dan Pengurus kanan besar dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee (tiga dari kanan) ketika majlis pelancaran kempen Majoriti Langgan dan Menang pada 16 Ogos lalu.
Dalam pada itu, Nik Hambali, 32, berkata, sebagai individu yang terlibat dalam pembangunan perniagaan, dia sememangnya menjadikan Majoriti sebagai antara salah satu sumber untuk mendapatkan berita terkini mengenai dunia perniagaan.
"Selain itu, berbanding dengan portal lain, pengalaman membaca di Majoriti ini bagi saya sangat menyenangkan daripada segi susunan paparan beritanya yang kemas bila dibaca," ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi pemenang minggu pertama peraduan tersebut, Ismanidar Razali tidak menyangka akan dipilih sebagai salah seorang pemenang yang terawal.
Dia yang membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy berasa terkejut dan teruja pada masa yang sama.
Menurut ibu kepada lima orang anak ini, dia sebenarnya mengetahui mengenai peraduan tersebut melalui akhbar Majoriti 7.
Ismanidar Razali tidak menyangka akan dipilih sebagai salah seorang pemenang yang terawal.
"Saya tertarik melihat isi kandungan akhbar tersebut dan mula membuat pencarian secara dalam talian.
"Apa yang diketengahkan dalam Majoriti 7 dan portal Majoriti mungkin berbeza namun saya suka membaca berita dalam portal tersebut.
"Cara penulisan berita itu mudah difahami, padat serta ringkas," katanya.
Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Orang ramai berpeluang untuk merebut hadiah ditawarkan dengan cara dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.
Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati pautan Kempen Langgan dan Menang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram