MINGGU pertama kempen Langgan dan Menang Majoriti menyaksikan seramai 10 pemenang bertuah terpilih bagi membawa pulang hadiah mingguan.
Antara hadiah menarik tersebut berupa percutian dua hari satu malam di tempat percutian di Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan, selain jam tangan, minyak wangi serta beg sekolah.
Guru muzik, Cheryl Lim, 47, berkata, dia sangat teruja apabila diberitahu dirinya merupakan antara salah seorang pemenang untuk minggu awal kempen berkenaan.
"Agak terkejut juga sebab ini kali kedua saya berjaya menang dalam kempen yang dianjurkan Majoriti," katanya yang sudah melanggan Majoriti sejak tahun lalu.
Cheryl yang tinggal di Ampang Jaya, Kuala Lumpur berkata, dia menyertai kempen tersebut kali ini kerana tertarik dengan pelbagai hadiah ditawarkan.
Cheryl Lim
Selain itu, ibu kepada dua orang anak itu berkata, peraduan tersebut juga secara langsung membolehkannya mendapat akses kepada bahan berita bermanfaat yang disediakan di portal Majoriti.
Ini kerana selain daripada dirinya, portal berkenaan turut digunakan bagi membantu dua orang anak perempuannya yang masih bersekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia.
"Sekarang ini anak-anak semua memang guna telefon pintar, jadi senang untuk dia akses pelbagai artikel yang ada dekat Majoriti.
"Kemudian bila ada tugasan di sekolah pula, mereka juga akan gunakan artikel seperti dalam isu sukan dan kesihatan sebagai rujukan.
"Jadi, ini secara langsung memang membantu meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia mereka," katanya yang memaklumkan kedua-dua anaknya masing-masing kini berusia 13 dan 16 tahun.
Cheryl yang membawa pulang hadiah berupa produk wangian jenama PRF Phantom berkata, Majoriti merupakan satu-satunya portal berita Malaysia yang dilanggan setakat ini.
Nik Hambali dipilih membawa pulang sebotol minyak wangi keluaran Paco Rabanne.
Sementara itu, pemenang minyak wangi PRF Phantom keluaran Paco Rabanne, Nik Hambali Nik Ismail Azlan berkata, dia turut bergembira apabila dipilih untuk membawa pulang hadiah berkenaan.
Menurutnya, keterujaan itu hanya akan mendorongnya untuk berkongsi mengenai kempen itu kepada orang ramai, lebih-lebih lagi bagi yang rapat dengannya.
"Sudah tentu! Orang pertama (yang akan saya kongsikan) ialah isteri saya kerana kami memang berminat untuk sertai kempen sebegini," katanya.
Jelas Nik Hambali lagi, dia mengekori rapat Majoriti memandangkan dia merupakan seorang pegawai eksekutif dalam bidang bisnes.
"Oleh itu, memang perlu untuk saya baca berita dalam pengkhususan bisnes dan memang ideal untuk saya langgan akhbar supaya lebih senang dapatkan berita terkini mengenai perniagaan," katanya lagi.
Fadzilah mengetahui akan kempen Langgan dan Menang menerusi aplikasi Starbucks Malaysia.
Bagi seorang lagi pemenang, Nor Fadzilah Fadli, dia mengakui terkejut apabila diumum sebagai antara yang bertuah untuk membawa pulang hadiah mingguan daripada peraduan Langgan dan Menang ini.
"Alhamdulillah, saya tersangat-sangat gembira sebab saya memang tak jangkakan semua ni apatah lagi hadiah mingguan bermalam dekat Lexis.
"Apabila dapat panggilan tu, saya terkejut dan tak terkata. Thank you so much Majoriti," katanya selepas dipilih memenangi pakej dua hari satu malam di Panorama Pool Vila, Melaka.
Menurutnya, keputusan untuk menyertai kempen itu adalah dibuat ketika sedang mencari promosi menarik menerusi aplikasi Starbucks Malaysia di telefon pintar.
Dia yang berusia 28 tahun menceritakan bahawa berita-berita tular yang dimuat naik di TikTok Majoriti menarik minatnya untuk terus mengekori rapat laman berita itu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (empat dari kiri) dan Pengurus kanan besar dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee ketika bersama penaja-penaja melancarkan kempen Majoriti Langgan dan Menang baru-baru ini.
Tujuh lagi pemenang hadiah mingguan pada minggu pertama kempen Majoriti Langgan dan Menang ialah Asim Ng, Ismanidar Razali, Isa Ng Mohd Jaafar Ng, Mohamed Raffi Habibullah, Adib Kong Mohamad Idris, Aimi Najwa Ghazali dan Mohd Azriq Saufi Abdul Rahim.
Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Orang ramai berpeluang untuk merebut hadiah ditawarkan dengan cara dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.
Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati majoriti.com.my. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram