Hadiah lebih RM10,000 antara habuan 10 pemenang minggu kedua Kempen Langgan & Menang Majoriti


  • Bizz
  • Jumaat, 01 Sep 2023

Ketua Pegawai Eksekutif, Alex Yeow (empat dari kiri) dan Pengurus kanan besar dan ketua produk Majoriti, Chung Eng Lee ketika bersama penaja-penaja melancarkan kempen Majoriti Langgan dan Menang pada 16 Ogos lalu.

KEMPEN Langgan dan Menang Majoriti sempena ulang tahun kedua portal ini semakin rancak apabila sudah memasuki minggu kedua untuk diketahui 10 lagi pemenang bertuah yang layak memenangi hadiah keseluruhan bernilai lebih RM10,000.

Antara hadiah menarik yang menjadi tumpuan adalah percutian mewah ke Lexis Hibiscus Port Dickson di Imperial Suite, termasuk sarapan untuk enam orang selama dua hari satu malam.

Berikut adalah senarai 10 pemenang hadiah mingguan pada minggu kedua Kempen Langgan dan Menang Majoriti:

1. Liu Tzuu Long (Haruman Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml)

2. Fairul Azli Jamaluddin (Haruman Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml)

3. Lee Song Jin (Haruman Paco Rabanne Phantom EDT 100ml)

4. Mohamad Syazwan Zulkifli (Haruman Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml)

5. Nadrah Nabila Mashuri (Haruman Nina Ricci Nina Rouge EDT 80ml)

6. Loo Kah Leong (Backpack American Tourister Zumba)

7. Nur Amira Jaafar Nordin (Backpack American Tourister Zumba)

8. Mohd Shazmer Idham (Percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson 2H1M di Imperial Suite, termasuk sarapan untuk 6 orang)

9. Muhammad Nadzmi Roslan (Backpack American Tourister Toodle)

10. Adam Raj (Backpack American Tourister Toodle)

Week 2 Pool Prizes-01

Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembacanya dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Pembaca Majoriti berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali kedua ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Generic Carousel (Page 2)

Pelanggan akan menerima baucar Starbucks dan Chef Wan Group of Restaurants serta-merta.

Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Jangan risau! Bagi pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan sepanjang 18 minggu kempen ini dijalankan.

Kempen ini turut disokong oleh beberapa rakan kerjasama utama antaranya OSK Property, Aeon, Ogawa Malaysia, Berjaya Starbucks Coffee Sdn Bhd dan Chef Wan Group of Restaurants.

Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah kempen ini kerana masih ada berbaki 16 minggu dan anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.

Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://langgan.majoriti.com.my/majoriti2tahun/Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram