PEMBACA portal berita, Majoriti berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta menerusi Kempen Langgan dan Menang.
Hadiah itu berpeluang untuk dimenangi dengan cara menyertai kempen ulang tahun kedua Majoriti dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. (Harga asal: RM93.40)
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998.
Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.
Selain itu, pembaca yang baharu melanggan atau sedia ada juga berpeluang memenangi hadiah mingguan selama 18 minggu.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
1. Layari laman web Majoriti atau klik Majoriti Langgan & Menang.
2. Klik pada butang 'Sertai di sini'
3. Kemudian masukkan alamat emel anda di ruangan disediakan dan buat bayaran secara dalam talian.
Emel pengesahan dan resit langganan akan dihantar pada alamat yang disertakan oleh pembeli.
4. Semak senarai pemenang mingguan
Senarai pemenang mingguan akan diumumkan selama 18 minggu berturut-turut dengan hadiah serta ganjaran yang berbeza-beza.
Pemenang akan dihubungi melalui telefon menggunakan maklumat yang diberikan dalam borang langganan.
Sekiranya pemenang yang dipilih gagal menjawab panggilan Penganjur selepas tiga (3) percubaan, maka kemenangannya akan dibatalkan dan peserta dengan nombor bersiri seterusnya akan dipilih sebagai pemenang gantian.
Jadi apa tunggu lagi, jom langgan dan jangan lupa sebarkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi kempen ini!
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram