Cuma langgan Majoriti RM30, pereka grafik tak sangka menang percutian ke Port Dickson


  • Bizz
  • Rabu, 06 Sep 2023

Kempen Langgan dan Menang Majoriti kini mencari pemenang bagi minggu ketiga.

MINGGU kedua kempen Langgan dan Menang Majoriti menyaksikan seramai 10 pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah mingguan kali ini.

Terdapat pelbagai hadiah menarik yang berjaya dibawa pulang berupa percutian ke Lexis Hibiscus, Pork Dickson termasuk sarapan untuk enam orang selama dua hari satu malam, minyak wangi terkenal seperti Carolina Herrera Bad Boy, PRF Phantom, Nina Ricci Rouge EDL 80 ml; Zumba Backpack 02 Frost Grey dan Toodle Backpack 03.

Seorang pereka grafik, Mohd Shazmer Idham Adrus, 29, berkata, dia sememangnya tidak menyangka mampu memenangi hadiah itu dengan hanya melanggan portal Majoriti dengan hanya RM30.

"Pertama sekali memang macam tak percaya, ingatkan main-main je ke apa. Sekali dapat email dan panggilan telefon, rupanya memang betul menang.

"Rasa macam bertuah menang hadiah tu, selalu masuk peraduan memang takkan menang," katanya kepada Majoriti.

PSX_20190605_153022

Mohd Shazmer Idham Adrus bertuah kerana memenangi percutian ke Port Dickson

Pereka grafik itu berkata, dia mengetahui wujudnya kempen Langgan dan Menang Majoriti daripada aplikasi Starbucks Malaysia yang mendorongnya memasuki kempen ini.

Shazmer turut berkata, kemenangan yang diperoleh mendorongnya untuk berkongsi mengenai kempen itu kepada rakannya yang lain bagi mencuba nasib.

"Saya memang beritahu kawan saya, sebab saya sendiri dah menang kan," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pemenang mingguan berupa hadiah minyak wangi berjenama Nina Ricci Rogue, Nadrah Nabila Mashuri juga teruja apabila dipilih sebagai antara pemenang minggu kedua.

"Saya dapat tahu menang waktu di pejabat. Alhamdulillah rezeki, walaupun baru je langgan tapi nama dah kena petik, bersyukur sangat.

"Saya ada cerita kat kawan sorang untuk ajak dia langgan Majoriti juga," katanya.

Apabila ditanya mengapa beliau cenderung untuk melanggan Majoriti, Nadrah berpuas hati dengan kandungan berita portal tersebut.

"Pertama sebab nak masuk peraduan itu lah, sebab kedua zaman sekarang kita susah nak dapatkan berita, jadi dengan langgan Majoriti dapat tahu banyak tentang beritalah.

"Laman utamanya pun bagus, senang nak cari berita yang nak dibaca. Tinggal tekan saja berita yang nak baca," katanya.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Pembaca Majoriti berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali kedua ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati pautan Kempen Langgan dan Menang.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram