Pemenang mingguan Langgan & Menang Majoriti mahu rakan sekerja rebut peluang menang kondo RM602,800


  • Bizz
  • Rabu, 06 Sep 2023

Kempen Langgan dan Menang menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

LANGKAH kanan seorang penjawat awam, Adam Raj Abdullah, 33 tahun kerana telah menjadi salah seorang pemenang bertuah bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi minggu kedua.

Adam yang memenangi hadiah bag galas berjenama, Backpack American Tourister Toodle ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya ketika ketika dihubungi Majoriti.

Menurut Adam, ini merupakan kali pertama dia menyertai kempen seperti ini dan tidak akan menyangka apabila diisytiharkan sebagai pemenang mingguan.

"Saya sejujurnya sangat terharu dan teruja selepas dapat tahu saya terpilih sebagai salah seorang pemenang," katanya yang baru menjadi pelanggan portal Majoriti.

msg1050426791-16381

Adam Raj Abdullah, salah seorang pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Pada masa yang sama, Adam yang juga seorang peminat setia Majoriti, berkata, portal itu menjadi pilihannya kerana harga langganan yang murah iaitu hanya RM30 setahun.

Bukan itu sahaja, dia turut mengakui kandungan yang terdapat dalam portal Majoriti membuatkannya berminat untuk menyertai kempen tersebut.

"Tidak dapat dinafikan, konten seperti sukan di Majoriti juga menarik dan faktanya yang sangat berguna bagi saya," tambahnya lagi.

Teruja dengan kemenangannya, Adam juga berhasrat untuk mengajak teman sepejabatnya menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Malah dia turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menyertai kempen ini untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain disajikan dengan pelbagai berita yang menarik selepas melanggan Majoriti.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Orang ramai berpeluang untuk merebut hadiah ditawarkan dengan cara dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023.

Untuk butiran lanjut tentang Majoriti dan kempen, lawati pautan Kempen Langgan dan Menang.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram