[VIDEO] Ular tedung melintas depan mata kat ruang tamu rumah, budak trauma terus teringatkan ibu di Puchong


  • Tular
  • Khamis, 10 Ogos 2023

Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki menangis ketakutan sebaik menyedari kewujudan seekor ular tedung di celah kakinya di Puchong.

SEORANG kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila didatangi seekor ular tedung hitam yang berada di bawah kakinya dalam satu kejadian yang berlaku di Puchong, Selangor pada Rabu.

Tidak menyedari akan kewujudan ular tersebut, budak lelaki itu terlebih dahulu dilihat sedang mengemas begnya sebelum menjerit ketakutan sebaik terlihat akan haiwan tersebut.

Tersentak dengan perkara itu, dia kemudiannya terus bangun dan menjerit memanggil ibunya yang berada di dapur.

Menerusi perkongsian di laman media, video berdurasi 27 saat itu meraih lebih 5,000 jumlah tontonan setakat ini.

Dalam pada itu, ibu kanak-kanak lelaki terbabit menjelaskan bahawa anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya trauma dengan kejadian yang melanda dirinya.

Akibat terlalu takut, dia terpaksa menunggu suaminya pulang ke rumah untuk menangkap ular tersebut.

Difahamkan, ular berkenaan merupakan sejenis baka tedung hitam dan suaminya telah membakar haiwan tersebut di halaman rumahnya.

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut dan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan memantau keselamatan anak-anak di rumah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram