
PESAWAH tempatan menerima khabar gembira pada Selasa selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai Rabu.
Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini.
"Ini kenaikan terbesar dalam sejarah, Anwar Ibrahim dulu ketika jadi menteri kewangan pernah naikkan.
"Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak pada Selasa.
Turut hadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram