VIDEO tular memaparkan seekor ular sawa yang djumpai di sekitar kawasan Elmina Green, Shah Alam, Selangor menggemparkan penduduk setempat.
Rakaman berdurasi lapan saat itu dimuat naik di laman Twitter @yayaazmi pada Sabtu.
Difahamkan video berkenaan dikongsikan oleh salah seorang penduduk sekitar yang menyaksikan kejadian itu.
Menerusi video tersebut, ular yang dianggarkan sepanjang lima hingga enam meter tersebut dilihat menjalar ke atas bukit.
"Ular sawa/anaconda jumpa dekat kawasan Elmina. Dirakam oleh salah seorang residen dan dikongsikan dalam group community Denai Alam.
"Seram weh besar macam ini, bukan setakat orang, lembu (dan) kambing pun dia (boleh) telan ni," ciapnya.
Berdasarkan maklumat orang awam, ular itu difahamkan masih belum dijumpai, dan keadaan itu pastinya membawa keresahan buat penduduk sekitar.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna Twitter berkata, berkemungkinan besar pembangunan yang pesat di kawasan Elmina menyebabkan habitat haiwan berkenaan terancam.
BACA LAGI: [VIDEO] 'Memang tempat dia', penampakan ular sawa 'gergasi' dikesan di Tasik Ayer Keroh
"Elmina ini kawasan sawit, masa saya kecil kawasan ini pokok sahaja, Elmina pun tengah nak buat belah baharu, jadi habitat ular sawa terancam. Harap dapat selesaikan secepat mungkin," kata AlipOhsem.
Tangkap layar perbualan di Group WhatsApp penduduk sekitar yang gempar dengan penemuan ular sawa tersebut.
"Kasihannya, kawasan itu memang hutan dahulu, sekarang banyak habis naik rumah baharu. Harap kalau jumpa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat ambil dan lepaskan di hutan yang betul," ujar intanttae.
"Memang ada pernah nampak di kawasan Setia Alam di Bukit Cerakah sebab itu kawasan dan habitat dia. Tapi sayang habis ditarah sikit demi sikit, itu yang dia nak pindah tu," tulis poymeemaa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram