[VIDEO] 'Bapak besar!', hasrat buang hajat terbantut, ular sawa dah 'cop' dulu tandas di PLUS-E2


  • Tular
  • Khamis, 25 Mei 2023

Tangkap layar seekor ular sedang menjalar masuk ke dalam sebuah mangkuk tandas di hentian rehat dekat Lebuh Raya Plus @ E2 pada Khamis.

CUACA panas yang melanda negara ketika ini mengundang kehadiran reptilia seperti ular ke dalam rumah untuk mencari kawasan sejuk dan lembab.

Reptilia ini kebiasaannya memilih kawasan-kawasan sejuk dan lembab seperti tandas, almari baju, stor dan bilik tidur yang gelap.

Sehubungan itu, orang ramai diminta berhati-hati ketika hendak memasuki kawasan redup yang sememangnya menjadi tumpuan reptilia berkenaan untuk mencari tempat perlindungan.

Terbaharu, melalui video tular yang dimuat naik di halaman Twitter Jabatan Netizen Malaysia memaparkan seekor ular sawa di dalam sebuah tandas awam.

"Bapak besar! Bye (Selamat tinggal). Cik Wa (Ular) nak menyelam air dulu. Panas," ciapnya.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah tandas perempuan di dekat hentian sebelah Lebuh Raya PLUS @ E2 pada Khamis.

Video berkenaan tular di aplikasi WhatsApp terlebih dahulu sebelum dimuatkan naik ke media sosial pada hari yang sama.

Melalui video pendek berdurasi 19 saat berkenaan, kelihatan 'tetamu tidak diundang' itu sedang berlingkar di tepi sebuah mangkuk tandas.

Ular tersebut kemudiannya dilihat menjalar masuk ke dalam mangkuk tandas.

Sejak dimuat naik, video tersebut meraih lebih 4,500 tontonan setakat ini.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna media sosial @s3ungmine berkata di trauma untuk membuang air di tandas awam selepas melihat video tersebut.

"Aku jadi trauma dan paranoid selepas melihat video ini. Terus 'overthinking', takutnya," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram