Tangkap ular macam cekup katak, tindakan sempoi lelaki ini raih perhatian ramai


  • Tular
  • Ahad, 30 Apr 2023

Tangkap layar lelaki tersebut dalam usaha menangkap reptilia itu.

TINDAKAN seorang lelaki di Parit Buntar, Perak menangkap ular sawa mendapat perhatian warga maya.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang penduduk yang turut berada di tempat kejadian dan kemudian tular di media sosial.

Video pendek berdurasi 34 saat itu memaparkan seekor ular sawa melingkar dalam motor seorang penunggang motosikal.

Pemilik motosikal yang kelihatan agak berusia itu terkejut dengan keberadaan ular sawa tersebut dalam motornya.

Tindakan lelaki tersebut dalam usaha menangkap ular sawa mendapat pujian daripada penduduk di kawasan itu dan dipercayai merupakan anggota bomba.

Penduduk Taman Desa Indah tidak perlu memanggil bomba kerana tindakan berani lelaki itu.

Klip video tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang terkejut dengan penemuan reptilia tersebut dalam motor berkenaan.

"Dia punya tangkap ular macam tangkap katak," kata pengguna Twitter @Ilwafiqll.

"Boleh tahan sihat ulaq itu," kata @AimanAirin2.

"Fuhh dalam skuter pon muat, memang patut la siapa bawak skuter itu check dulu," kata @iHafizuddinnn. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram