SATU kejadian penampakan ular sawa yang memiliki saiz agak luar biasa dipercayai berlaku di Tasik Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.
Video mengenai keberadaan reptilia itu yang tular sejak minggu lalu memaparkan haiwan berkenaan sedang menyelam di tepi tebing tasik tersebut.
Berdasarkan klip berdurasi 24 saat itu, ular tersebut dilihat memiliki saiz agak besar dan panjang yang menggerunkan.
"Panjangnya, ini betul-betul macam ular gergasi," tulis Junaidah Lee.
"Besarnya kau, lagi setahun jadi saiz anaconda," ujar Ahmad Imran Ismail.
Sementara itu, terdapat warganet mendakwa tasik tersebut sememangnya sudah lama menjadi tempat haiwan tersebut berkeliaran sebelum ia dibangunkan.
"Memang tempat dia. Belakang tu kan hutan, tapi sekarang dah rata. Mana lagi dia nk pergi, salah siapa?" soal Zamahadi Hadie.
"Dulu-dulu masa kat Balai Polis Ayer Keroh lama (yang sekarang jadi tapak kawasan kota fesyen skarang ni) pun dah ada. Belakang kawasan balai polis tu kawasan paya. Selain ikan, ular pun ada juga, siap posing melingkar kat tempat jemur baju lagi," tulis Najmi Rooslan.
Pada masa sama, terdapat warganet turut meminta agar pihak berkuasa tampil menangkap ular tersebut kerana dikhuatiri ia berisiko terhadap keselamatan orang awam.
Tambahan pula, kawasan tersebut juga difahamkan menjadi lokasi pilihan bagi orang awam melakukan aktiviti memancing.
"Apa yang tidak ada dalam Tasik Ayer Keroh tu. Yang sebelah belakang banyak buaya. Tapi laluan air parit-parti di tepi tu ikan talapia besar bukan main. Bahaya pada pemancing," ujar IKH SHS.
"Kenapa tak tangkap sumbat dalam zoo. Ni kalau budak-budak lalu dan main-main dekat situ ke, terus kena ngap takutnya," ujar Lyenda Maz Linda.
"Kalau besar macam ni, manusia pun dia boleh telan," kata Ren Mdm.
Belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa tempatan mahupun Perhilitan Melaka berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram