SEORANG lelaki didakwa selepas menyerang lelaki lain dengan menggunakan ular sebagai senjata di pusat bandar, Toronto, Kanada.
Polis Toronto berkata, kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di kawasan Dundas Street West dan Manning Avenue.
Menurut pegawainya , mereka sebelum itu menerima panggilan mengenai insiden seorang lelaki yang mengugut orang ramai dengan ular sawa.
Berdasarkan laporan diterima, seorang lelaki sedang berlegar di jalan sambil memegang seekor ular hidup dan mendekati mangsa dengan haiwan berkenaan.
Ekoran itu, berlaku pertengkaran fizikal dengan penyerang dikatakan menggunakan reptilia itu untuk menyerang mangsa.
Menurut polis, ular terbabit telah mati walaupun didapati masih hidup ketika ditemui semasa kejadian. — Agensi/Gambar hiasan
Sebelum itu, video mengenai insiden tersebut tular di media sosial memaparkan tindakan lelaki terbabit menghayun ular tersebut dengan melibasnya kepada individu lain di tengah-tengah jalan.
Polis berkata, pegawainya tiba di tempat kejadian dengan pantas dan seorang individu ditahan.
Penduduk Toronto, Laurenio Avila, 45, didakwa dalam insiden tersebut atas kesalahan menyerang menggunakan senjata dan menyebabkan kesakitan atau penderitaan tidak perlu kepada haiwan.
Menurut polis, ular terbabit telah mati walaupun didapati masih hidup ketika ditemui semasa kejadian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram