SEORANG pempengaruh media sosial (influencer) bertindak meleraikan dua ekor ular sawa gergasi yang sedang berselirat antara satu sama lain.
Jay Brewer, yang juga pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS) menerusi satu video dilihat hanya memegang ekor kedua-dua reptilia itu menggunakan tangannya.
"Sungguh menakjubkan betapa besarnya ular sawa ini dan ia merupakan paling besar pernah saya miliki. Saya tahu ia bukan boleh dibela oleh semua orang, tetapi saya membelanya sejak ia kecil dan tidak ramai yang bersetuju.
"Saya harap semua orang menemui impian mereka dalam apa jua keadaan. Pepatah lama mengatakan bahawa anda hanya hidup sekali adalah benar. Jangan lupa untuk membantu sesiapa sahaja yang anda mampu ketika mengejar impian anda," tulisnya dalam kapsyen video tersebut.
Video keberanian lelaki itu mengejutkan orang ramai dan sudah mendapat lebih tiga juta tontonan, manakala lebih 162,000 memberi tanda suka setakat ini.
Zoo Reptilia di Fountain Valley, California yang menempatkan ratusan spesies reptilia termasuk ular eksotik, buaya dan kura-kura itu diasaskan dan dimiliki sendiri oleh Brewer. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram