[VIDEO] Kecik-kecik dah jadi ‘mastermind’, 2 budak siap sorok muka elak dirakam CCTV ketika rembat basikal


  • Tular
  • Selasa, 23 Mei 2023

Tangkap layar dua kanak-kanak didakwa mencuri sebuah basikal di kawasan perumahan baru-baru ini.

TINDAKAN dua kanak-kanak lelaki didakwa mencuri basikal di sebuah kawasan perumahan mengundang kecaman warga maya baru-baru ini.

Melalui video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Ahmad Yau pada Rabu memaparkan dua budak lelaki tersebut memasuki sebuah rumah menggunakan jalan belakang.

Kedua-duanya dilihat memasuki ruang rumah berkenaan melalui pagar di bahagian belakang rumah tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.

"Anak siapa ini? Abang pasti kau akan terkenal suatu hari nanti dik," katanya.

Pada masa sama, insiden itu turut berjaya dirakam menerusi kamera litar televisyen tertutup (CCTV) rumah berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi, salah seorang kanak-kanak itu seakan-akan menyedari kedudukan CCTV tersebut dan menutup sebahagian dari mukanya untuk mengelakkan diri daripada dikenali.

Kedua-dua budak lelaki berkenaan terus menuju ke tempat basikal itu itu yang diletakkan di bahagian parkir rumah berkenaan.

Dalam video berdurasi 42 saat itu, salah seorang daripada mereka sempat mencuba basikal berkenaan di ruang parkir rumah tersebut.

Setelah berpuas hati dengan keadaan basikal itu, kedua-dua kanak-kanak itu terus melarikan basikal berkenaan.

Difahamkan, pada waktu kejadian pemilik rumah berkenaan sedang berada di luar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pendapat yang berbeza selepas melihat video tersebut.

Seorang pengguna Qarami berpendapat melalui gerak-geri kanak-kanak tersebut seperti sudah lama merancang untuk mencuri basikal berkenaan.

"Daripada cara mereka nampak sangat dah lama 'aim' rumah itu. Dia mesti dah tahu mana pemilik rumah letak CCTV," katanya.

"Masa masuk rumah, cover (sembunyikan) muka, sudah dapat basikal terus lupa diri. Macam itu sahaja dia masuk kawasan rumah," kata Nasz82.

Sementara itu, Bapa Tunggal Anak Dua pula menasihati pemilik rumah berkenaan untuk membuat laporan polis.

"Baik buat laporan polis, biar meringkuk dalam penjara semalam. Kalau tak buat seperti ini, makin teruk bila sudah dewasa nanti. Sedih tengok budak sekarang.

Setakat berita ini ditulis, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram