BAGAI kacang lupakan kulit! Itulah peribahasa sesuai bagi menggambarkan segelintir kumpulan warga asing yang tidak bersyukur dan tidak pandai berterima kasih selepas mendapat perlindungan di negara kita.
Malah ada yang berani bertindak kurang ajar dengan mencabar pihak berkuasa.
Melalui satu video tular yang dimuat naik di akaun TikTok Mastur Alexsandria pada Ahad memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Myanmar membuat kecoh di sebuah kedai.
Kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah kawasan di Johor Bahru, Johor.
"Warga Myanmar, panggil polis," katanya.
Pemilik akaun TikTok berkenaan mendakwa lelaki berkemeja dan berkain pelikat tersebut mencabar pihak polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Dalam video berdurasi 23 saat itu, turut kedengaran lelaki warga asing berkenaan memanggil polis dengan cara bersiul dan menggunakan perkataan yang kurang sopan.
"Polis datang, apa polis? Apa? Saya tak takut polis datang," jeritnya.
Menurut Mastur, tindakan warga asing tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi berkenaan dan lelaki itu juga didakwa mabuk serta turut menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan lelaki tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
AbieyOhsem berharap agar warga asing berkenaan segera ditangkap.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) pun dia cabar. Takkan nak diam sahaja," tulisnya.
Pendapat turut dipersetujui oleh seorang lagi pengguna TikTok, Lenovo A6600539.
"PDRM, tunggu apa lagi. Jalankan tugas anda. Johor negeri yang berdaulat, sila tangkap," katanya.
Kejadian warga asing yang bersikap kurang ajar seperti ini bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini Majoriti pernah melaporkan seorang lelaki dipercayai warga Rohingya meminta hak sama rata dengan rakyat tempatan kerana mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.
Lelaki berkenaan turut meminta kawasan khas untuk berniaga dan tinggal di sekitar kawasan Pasar Selayang, Selangor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram