[VIDEO] Lelaki berhelmet Bogo khusyuk cium pakaian dalam wanita sampai tak sedar dirakam CCTV di KL


  • Tular
  • Ahad, 21 Mei 2023

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan mencium seluar dalam wanita.

TINDAKAN seorang lelaki mencium seluar dalam wanita di salah sebuah taman perumahan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini berjaya dirakam kamera litar televisyen litar tertutup (CCTV), sebelum tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh seorang individu Shah RuleZ di laman Facebook Kes Viral Apa Hari Ini pada Sabtu itu memaparkan lelaki berkenaan dilihat dengan penuh khusyuk mencium pakaian dalam yang dijemur di luar.

"Hati-hati semua. Ramai orang gila seks sekarang. Entah apa yang dia fikir sampai 'high' (khayal) cium seluar dalam orang sampai tak sedar ada CCTV.

"Aku dapat video ini dari member (kawan). Kalau jumpa sila pukul beramai-ramai. Lokasi ibu kota, 'Kuala Loco' (Kuala Lumpur), " tulisnya.

Melalui video berdurasi 10 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan yang memakai topi keledar hitam jenis Bogo dan berbaju putih dipercayai berada di luar rumah salah seorang penduduk.

Lebih menjijikkan lagi, lelaki berkenaan dilihat beberapa kali mencium seluar dalam tersebut sambil melihat keadaan sekeliling.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram