[VIDEO] 15 laporan kecemasan ekoran kejadian ribut petir, angin kencang sekitar Kuala Lumpur — Bomba


  • 112
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh pihak bomba untuk mengalih pokok tumbang yang menghalang laluan utama. — Bomba

RIBUT petir dan angin kencang melanda Kuala Lumpur pada Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar ibu negara mengalami kejadian pokok tumbang.

Turut tular beberapa video yang menunjukkan orang awam terpaksa berteduh di sebuah stesen minyak bagi mencari tempat perlindungan ekoran ribut kencang melanda.

Dalam kejadian lain, tular satu video yang menunjukkan pokok tumbang sehingga menghempap sebuah kenderaan.

Namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Maklumat awal yang diperolehi oleh warga maya memaklumkan beberapa kenderaan penduduk di kawasan flat perumahan tersebut dihempap pokok yang tumbang selepas kejadian ribut kuat pada Jumaat.

Angin kencang tersebut turut menerbangkan beberapa bumbung gerai di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kula Lumpur menerima 15 panggilan kecemasan dalam kejadian ribut yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan untuk mengalih pokok tumbang berkenaan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan orang awam dilaporkan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram