Jom nikmati pelbagai insentif sempena pameran hartanah edisi Bumiputera di Putrajaya


  • Bizz
  • Jumaat, 12 Mei 2023

Pemeran perumahan Bumiputera yang bukan sahaja bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan rumah tetapi turut menyediakan diskaun bermula 75 peratus hingga 100 peratus. — Bernama

SEBUAH pameran hartanah StarProperty edisi akan Bumiputera diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Grand IOI, Putrajaya bermula 12 Mei hingga 14 Mei depan.

Barisan pemaju seperti Matrix Concepts Holdings Bhd, IJM Land, Putrajaya Holdings Sdn Bhd, Gamuda Land dan Sunsuria Bhd termasuk syarikat perbankan, Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pelbagai jenis pameran hartanah seperti bangunan komersial, kediaman dipamerkan di aras 3 di dewan 2 bermula pukul 11 pagi hingga 6 petang.

Bakal pembeli rumah juga berpeluang untuk memanfaatkan diskaun dan insentif Bumiputera termasuk mendapat pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus hingga 100 peratus di bawah inisiatif pemilikan rumah Keluarga Malaysia atau i-Miliki, Program Pemilikan Rumah (HOPE) Kementerian Kemajuan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Bagi pembelian rumah pertama RM500,000 dan ke bawah, pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala hartanah bernilai lebih dari RM500,001 hingga RM1 juta, pembeli rumah pertama berpeluang menikmati pengecualian duti setem sebanyak 75 peratus. Pengecualian perjanjian jual beli yang bermula pada 1 Jun 2022 juga akan berakhir pada 31 Disember 2023.

majoriti2023

Pemeran perumahan edisi Bumiputera yang diadakan di Putrajaya.

Pembeli rumah yang berhadapan kesukaran dengan pemilihan pembiayaan juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) daripada KPKT di pameran tersebut.

Selain pameran hartanah, program berbentuk kewangan turut ditawarkan, selain memberi informasi dan nasihat tentang pelaburan dan pengurusan hartanah dengan teratur.

Di samping itu ada peluang cabutan bertuah, Visit & Win dan Buy & Win yang menyediakan pelbagai hadiah menarik.

Pada masa sama, turut dianjurkan pertandingan mewarna mengikut kategori umur dengan hadiah keseluruhan bernilai RM3,000.

Selain itu, kemunculan Suria Wheelers pada Sabtu pada pukul 4 petang hingga 4.30 petang manakala Ahad sekitar pukul 2 petang hingga 2.30 petang pastinya memeriahkan acara termasuk kehadiran penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Rara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram