[VIDEO] ‘Plot twist’ kek berperisa aiskrim jadi sambal hitam, Sofea anggap cabaran wartawan penyiaran


  • Hiburan
  • Rabu, 10 Mei 2023

Tangkap layar video Sofea menemubual makcik berkenaan yang kini tular di media sosial.

PENGACARA dan wartawan penyiaran, Sofea Nur Solehha Tun menganggap kejadian kek berperisa aiskrim bertukar kepada sambal hitam sebagai satu cabaran dalam bidang penyiaran.

Sofea, berkata, dirinya sendiri tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku apatah lagi kini tular di media sosial.

"Selepas insiden itu menjadi tular, saya rasa gembira kerana berpeluang untuk ketengahkan dua perkara iaitu usaha mak cik itu untuk membantu sahabat orang kelainan upaya (OKU).

"Niatnya untuk memajukan peniagaan masing-masing.

"Pada masa sama, masyarakat boleh nampak cabaran tugas sebagai wartawan penyiaran lebih-lebih lagi mengendalikan rancangan siaran langsung," katanya kepada Majoriti.

Video insiden kek berperisa aiskrim berubah menjadi sambal hitam itu merupakan tayangan program Malaysia Hari Ini (MHI) pada Ahad dI TV3.

"Saya mendoakan semoga perniagaan mak cik berkenaan dipermudahkan urusan dan terus maju.

"Biarpun ada plot twist, tetapi kita tahu niatnya untuk mempromosikan perniagan dia dan rakannya," ujarnya.

Dalam sedutan itu menunjukkan Sofea sedang menemu bual seorang usahawan sempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya, Selangor.

Usahawan terbabit yang mengatakan dirinya menjalankan perniagaan kek berperisa aiskrim berhasrat ingin membawa ke gerai jualannya.

Namun disebabkan kesuntukan masa, dia memilih untuk pergi ke gerai jualan rakannya yang menjual sambal hitam.

Untuk rekod, selain mengacara MHI, Sofea juga terlibat dengan program 999 dan muncul sebagai pelakon dalam filem pendek sempena hari raya bertajuk Gadis Ku.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram