[VIDEO] 'Mat motor' jatuh tertiarap tak sempat elak 'King Putih' masuk simpang


  • Tular
  • Jumaat, 28 Apr 2023

Tangkap layar kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kenderaan Perodua Myvi baru-baru ini.

KECOH di laman sosial video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal terlibat terjatuh di di tepi jalan selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi baru-baru ini.

Video kemalangan tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka (Dashcam) kenderaan lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715 pada Jumaat itu, kejadian itu dipercayai belaku di kawasan kampung namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Dalam video berdurasi 13 saat berkenaan, Myvi tersebut berada di lorong sebelah kiri jalan sebelum tiba-tiba membelok ke arah kanan untuk masuk ke sebuah simpang.

Sementara itu, penunggang motosikal yang dipercayai memotong dari arah belakang tidak sempat mengelak dan terus melanggar bahagian belakang Myvi tersebut.

Impak daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh meniarap ke tepi jalan.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram