TULAR satu video memaparkan dua orang wanita bergaduh di tepi jalan pada baru-baru ini menarik perhatian warga maya.
Difahamkan pergaduhan itu berlaku diantara tukang urut dan seorang pelanggan di Wilayah Utara berdasarkan loghat utara yang digunakan.
Melalui video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715 memaparkan dua orang wanita bergaduh mulut di tepi sebuah jalan.
"Nak urut pun tak tenang," ciapnya.
Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, kedua-dua wanita berkenaan kelihatan bergaduh mulut namun tidak dapat dipastikan punca pergaduhan berkenaan.
Keadaan menjadi lebih tegang selepas kedua-dua wanita berkenaan membaling kerusi plastik kerah satu sama lain.
Orang awam yang berada di lokasi kejadian juga dilihat cuba menenangkan kedua-dua wanita berkenaan.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram