[VIDEO] Servis lambat dipercayai punca kakak menjadi 'harimau' di kedai mamak


  • Tular
  • Selasa, 25 Apr 2023

Tangkap layar seorang wanita mengamuk di sebuah restoran kedai mamak.

"ANAK dia sudah bosan makan lauk raya agaknya, sebab itu mengamuk," komen salah seorang warganet selepas melihat satu video tular yang memaparkan sepasang suami isteri membuat kecoh di sebuah restoran mamak baru-baru ini.

Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Kepala Bergetar kejadian itu dipercayai di berlaku di salah sebuah restoran mamak di Kuala Lumpur pada Isnin.

Rakaman video berdurasi kira-kira dua minit lebih itu menunjukkan pergaduhan membabitkan pasangan tersebut dan pekerja restoran berkenaan.

Menerusi video itu, wanita itu dilihat terlebih dahulu menjerit ke arah pekerja restoran tersebut.

Difahamkan pergaduhan itu tercetus apabila wanita berkenaan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh restoran itu.

"Anak aku lapar nak makan. Bagi balik duit, ko ingat bapak aku punya kedai aku nak tunggu lama-lama? jerit wanita berkenaan.

Keadaan menjadi lebih tegas apabila wanita berbaju merah itu bertindak menghempas topi keledarnya di meja.

Insiden itu menyebabkan pekerja restoran itu meninggikan suara sehingga menimbulkan kekecohan.

Wanita itu juga turut kedengaran mengugut pekerja di restoran berkenaan.

"Kau ingat kau sapa? Kau tunggu, aku call polis, aku call lawyer (peguam) aku," katanya.

Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian dilihat cuba untuk menenangkan wanita berkenaan selepas melihat situasi menjadi semakin tidak terkawal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan wanita tersebut.

Suriayana menasihatkan supaya wanita itu belajar untuk bersabar di masa depan.

"Jadikan pengajaran dah jadi viral (tular), belajar untuk bersabar dan menahan diri dari marah-marah. Situasi macam ini tak perlu jerit," katanya.

Zam Zuri pula meninggalkan komen yang sinis terhadap wanita tersebut.

"Kakak ini lahir tahun harimau," tulisnya dengan meninggalkan emoji ketawa.

"Gara-gara lambat buat roti canai, siap nak call lawyer, polis. Bayangkan kalau dia bergaduh dengan suami, risau aku, risau," kata Alfian Junaidi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram