
SEKUMPULAN anggota bomba terpaksa menggunakan alatan khas 'circular saw' untuk membuka pintu bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun yang terperangkap di dalam sebuah rumah yang berkunci di Taman Perdana, Muar, Johor pada Isnin.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11 malam Isnin.
Jelasnya, seramai empat anggota berserta satu utiliti pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian, terdapat seorang lelaki warga emas berkunci di dalam rumah.
"Anggota bertindak memotong mangga pintu menggunakan alatan khas 'circular saw'," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Menurut Mohd Azhar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kes diserahkan kepada pihak polis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram