'Saya rindukan anak saya', ibu tak putus asa cari Aliah Qistina


  • Massa
  • Isnin, 27 Mac 2023

Nor Fatimahtul (dua dari kiri) mengedar poster anak perempuannya yang hilang di pasar raya di Jasin, Melaka.

HATI ibu mana yang tidak resah saat anak kesayangannya hilang tanpa meninggalkan sebarang berita sejak seminggu lalu.

Seorang penjual nasi lemak, Noor Fatimahtul Zaharah Talib, 41, berkata, dia kini mengedar poster kehilangan anak perempuannya di di sekitar Jasin, Melaka dan berharap anak perempuannya, Aliah Qistina Budiyanto, 16 tahun, ditemui segera.

"Saya merindui anak perempuan saya dan kali terakhir saya melihatnya pada 17 Mac lalu. Sehingga kini tidak ada tanda-tanda keberadaannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Maju, Jasin pada Isnin.

Noor Fatimahtul berkata, anak lelakinya yang berusia tujuh tahun adalah orang terakhir melihat Aliah Qistina di rumah.

“Anak saya terdengar bunyi ketukan di pintu dapur dan memberitahu kakaknya mengenai perkara itu.

1996590

Aliah Qistina hilang sejak 17 Mac lalu.

"Saya hanya menyedari dia hilang kemudian selepas anak lelaki saya memberitahu perkara tersebut.

"Pintu dapur terbuka luas dan televisyen dihidupkan ketika saya keluar untuk mencari anak perempuan saya," katanya.

Katanya, ketika kejadian, terdapat bau minyak wangi yang kuat berlegar di dalam bilik anak perempuannya.

Noor Fatimahtul berkata, persiapan Ramadan keluarganya musnah selepas anak perempuannya hilang.

"Anak saya seorang yang lebih suka duduk di rumah dansentiasa membantu dalam kerja rumah.

"Saya terkilan apabila ada yang menuduh anak perempuan saya kahwin lari dengan teman lelakinya.

"Saya tahu anak saya, dia tidak akan keluar rumah tanpa kebenaran," katanya.

Menurut Noor Fatimahtul lagi, anak perempuannya meninggalkan semua barangnya termasuk telefon bimbitnya di rumah dan dia sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak Aliah Qistina.

Sementara itu, polis Jasin menggesa orang ramai menghubungi Inspektor Hasnida Mohd Nasir di talian 014-511 2895 atau 06-529 222 (sambungan 317) sekiranya mempunyai maklumat mengenai kehilangan remaja itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram