Tragedi Ramadan, wanita hamil 5 bulan maut nahas 2 kereta bertembung di Machang


  • 112
  • Khamis, 23 Mac 2023

Motosikal milik mangsa yang terlibat dalam nahas itu pada Rabu.

SEORANG wanita hamil lima bulan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan dua kereta dalam kemalangan di Jalan Kemuning-Bukit Bakar di Machang, Terengganu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam kejadian pukul 7.13 petang itu, Che Suriani Mahmod, 22, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Machang.

337167419_593289052720836_5581094902355225970_n

Keadaan Proton Wira terbabit selepas mengalami kemalangan. — Media Sosial

"Siasatan awal mendapati, mangsa sedang menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar bahagian kiri sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki yang cuba mengelak mangsa.

"Mangsa yang hilang kawalan melanggar pula sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang wanita yang berada di belakang Proton Wira itu. Kejadian menyebabkan mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

337681802_1264033310904262_631658309268845662_n

Proton Persona yang terlibat dalam nahas tersebut. — Media Sosial

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram