Bayi, budak 3 tahun antara 6 penumpang berdepan detik cemas pesawat 'diterbangkan' payung terjun


  • Benua
  • Jumaat, 17 Mac 2023

Tangkap layar video kejadian ketika pesawat itu diselamatkan oleh payung terjun terbabit.

SEORANG bayi dan kanak-kanak berusia 3 tahun antara enam terselamat dalam kejadian sebuah pesawat kecil hampir terhempas baru-baru ini.

Menerusi video tular, juruterbang pada mulanya tidak dapat mengawal kenderaan udara tersebut sebelum payung terjun kecemasan diaktifkan.

Nasib menyebelahi semua penumpang, apabila payung terjun dilihat menampung pesawat itu dan menyebabkannya terapung di udara.

Tidak beberapa lama kemudian, pesawat itu dilihat perlahan-perlahan selamat mendarat.

Terdahulu, enjin tunggal pesawat Cirrus SR22 mengalami kerosakan, selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Pampulha di Belo Horzonte, dekat Minas Gerais, Brazil kira-kira pukul 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Screenshot 2023-03-17 114551

Keadaan mangsa yang selamat selepas pesawat terbabit hampir terhempas. — Agensi

Namun, nahas dapat dielakkan apabila juruterbang menggunakan Sistem Payung Terjun Rangka Udara Cirrus (CAPS), iaitu sistem pemulihan keseluruhan pesawat yang setakat ini sudah menyelamatkan 249 nyawa.

Screenshot 2023-03-17 114618

Keadaan pesawat terbabit selepas berjaya mendarat ke tanah dengan selamat. — Agensi

Jabatan Bomba Tentera Minas Gerais berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram