TULAR pada Isnin satu memaparkan video kejadian kemalangan membabitkan sebuah kenderaan yang terbabas sebelum terbalik dipercayai berlaku di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, Kelantan.
Menerusi satu rakaman video papan pemuka kenderaan berdurasi 26 saat itu, kenderaan terbabit dilihat hilang kawalan sehingga menyebabkan ia melanggar bahu jalan sebelum terbalik.
Tiada mana-mana kenderaan lain didapati terlibat sama dalam kemalangan tersebut.
Tidak dapat dipastikan sama ada kejadian berkenaan berlaku disebabkan pemandu hilang kawalan atau faktor mengalami 'microsleep' ketika memandu.
Dalam pada itu, kenderaan jenis Proton Wira yang berada di belakang kereta terlibat nahas itu dilihat memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dipercayai untuk memberikan bantuan.
Tarikh pada video tersebut menunjukkan rakaman tersebut dibuat pada pagi Ahad.
Majoriti sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada polis Kelantan berkenaan kejadian tersebut dan status mangsa terlibat dalam insiden terbabit.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram