[VIDEO] Ajakan 'melepak' rupanya perangkap, lelaki dituduh kacau kekasih orang diserang 6 lelaki di Kuching


  • Tular
  • Rabu, 22 Mac 2023

Tangkap layar video pergaduhan tersebut yang tular di media sosial.

MEDIA sosial ketika ini kecoh dengan insiden pergaduhan di sebuah kedai makan membabitkan dua kumpulan di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Video berdurasi 10 saat itu antara lain memaparkan adegan sepak terajang, menolak meja serta aksi menyimbah air melibatkan dua kumpulan.

Setakat ini, Majoriti masih tidak dapat memastikan masa sebenar kejadian tersebut berlaku.

Pada masa sama, seorang saksi dipercayai isteri kepada salah seorang individu yang terlibat dalam insiden itu tampil memberi penjelasan.

Berdasarkan keterangan wanita itu menerusi bahasa Iban di media sosial, dia mendakwa suaminya (berbaju putih) pada mulanya diajak ke sebuah lokasi untuk 'melepak'

Setelah tiba di lokasi tersebut, dakwanya, suaminya yang ke restoran itu dengan rakannya tiba-tiba diasak oleh enam kenalannya tanpa mengetahui punca sebenar.

Menurutnya lagi, suaminya dituduh mengasari seorang wanita yang merupakan kekasih kepada lelaki berjaket hitam.

Tanpa usul periksa, katanya, suaminya secara tiba-tiba diserang kumpulan tersebut.

WhatsApp Image 2023-03-22 at 8.14.05 PM

Tangkap layar komen isteri kepada salah seorang individu terlibat pergaduhan itu menerusi bahasa Iban.

Tambahnya, lelaki berhelmet biru itu dikatakan menjadi ‘batu api’ apabila mereka mengadu kepada lelaki berjaket hitam itu bahawa suaminya menumbuk seorang wanita di muka.

Menurutnya, sebelum ini hubungan suaminya dengan lelaki itu dikatakan baik, namun, cerita yang direka lelaki berhelmet biru itu menyebabkan berlakunya pergaduhan antara mereka.

Bagaimanapun, perkara tersebut hanya dijelaskan oleh sebelah pihak yang tentunya tidak dapat disahkan kebenarannya.

Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram