[VIDEO] Aksi tarian di masjid makin menjadi-jadi, kali ini sakan berdangdut


  • Benua
  • Selasa, 21 Mac 2023

Tangkap layar memaparkan beberapa orang wanita yang berpakaian ketat menari dengan cara yang kurang sopan di depan pintu masuk masjid di Indonesia. — Agensi

TINDAKAN sekumpulan wanita menyanyi dan menari di dalam perkarangan sebuah masjid di Indonesia baru-baru ini mengundang kecaman warga maya.

Kejadian yang dipercayai berlaku di salah sebuah masjid di negara jiran itu dianggap mencemari agama Islam dan kesucian masjid tersebut.

Insiden tersebut turut dirakam oleh orang awam dan dimuat naik semula di akaun TikTok @tauzzbanjarr.

"Kiamat sudah dekat," tulisnya.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan beberapa orang wanita berpakaian ketat menari dengan cara kurang sopan di depan pintu masuk masjid berkenaan.

Turut kedengaran lagu dangdut dimainkan dengan begitu kuat dan orang ramai mengerumuni kawasan masjid berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan orang awam dan ahli jawatankuasa masjid yang membenarkan masjid dijadikan tempat hiburan seumpama itu.

Malah, ada juga yang marah dengan tindakan sekumpulan wanita berkenaan dilihat seakan-akan tidak menghormati sensitiviti agama.

Seorang pengguna media sosial, Galhanakey meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan keberadaan pihak yang terlibat kerana perbuatan kurang sopan itu dilakukan di perkarangan masjid berkenaan.

"Mana pemimpin masyarakat? Perkara ini sudah berlaku di depan mata. Apa yang kamu buat?," soalnya.

@cancer78 pula meninggalkan komen sinis melihat video tersebut.

"Ustaz lihat ustaz," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan tarikh dan lokasi sebenar kejadian tersebut berlaku.

1900800

Tangkap layar sekumpulan wanita menari di Masjid Al Jabbar pada awal Januari lalu. — Agensi

Namun begitu, ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di Indonesia. Pada awal Januari lalu, Masjid Al Jabbar di Gedebage, Kota Bandung, Indonesia turut dicemari dengan sekumpulan wanita yang melakukan tarian untuk 'content' TikTok.

Lebih mencuri perhatian, kerusi bangku dikhaskan buat golongan warga emas dan orang kelainan upaya turut dipenuhi individu yang sama melakukan tarian tersebut.

Situasi itu, secara tidak langsung mengundang pelbagai kecaman dalam kalangan warga net susulan video tersebar meluas di laman media kebelakangan ini.

Selain daripada boleh merosakkan akidah, tindakan sekumpulan wanita itu turut dikesali ramai kerana lokasi yang dilakukan itu adalah di rumah ALLAH. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram