Penceramah hina institusi beraja di TikTok, polis terima 16 repot


  • 112
  • Khamis, 16 Mac 2023

Penceramah tersebut dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja.

POLIS Johor setakat ini sudah menerima 16 laporan berhubung seorang penceramah lelaki, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap institusi beraja.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat, yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

"Satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Polis Johor turut menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kegentaran awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram