Isu UMBI SPM: LPM ditegur, hati-hati elak gangguan tidak berulang


  • Massa
  • Jumaat, 24 Feb 2023

Kontroversi rakaman audio UMBI yang dihadapi calon SPM 2022 dilihat merugikan ramai pihak. — Gambar hiasan/Bernama

SISTEM pendidikan negara ketika ini menjadi tumpuan apabila isu rakaman suara bagi Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mendapat pelbagai respons negatif.

Ia bermula apabila ada calon mendakwa mereka berdepan masalah selepas individu di dalam audio tersebut didapati bertutur secara laju dan tidak jelas.

Ini seterusnya menyebabkan ramai yang terjejas dan khuathir sekiranya mereka memperoleh pemarkahan rendah.

Lantaran itu, media sosial individu di dalam audio tersebut yang juga pempengaruh TikTok dihujani dengan kata-kata sindiran, berikutan tidak berpuas hati dengan sebutan pertuturannya.

Pada masa sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, proses rakaman suara bagi UMBI SPM 2022 dibuat sudah lama, manakala tidak timbul isu menggunakan pempengaruh tersebut sebagai pelontar suara untuk ujian berkenaan.

Masih tidak berpuas hati, ada segelintir pihak cuba melakukan gesaan agar ujian itu dimansuhkan bagi mengelakkan masalah sama berulang.

41641109362_TBANUARAHMAD (1)

Anuar Ahmad

Namun, Dr Anuar Ahmad berpendapat, ia tidak perlu dimansuhkan, sebaliknya kualitinya harus dipertingkatkan.

Hal ini kerana, pakar pendidikan itu berkata, kemahiran mendengar merupakan sebahagian keperluan dalam subjek Bahasa Inggeris.

"Biarlah ia kekal dilaksanakan dengan kualiti piawaian tinggi.

"Jika tidak berkualiti tinggi, akan datang akan menimbulkan masalah kepada murid-murid terutamanya yang kurang memahami penggunaan Bahasa Inggeris. Jadi, bila mereka mendengar tak cepat menangkap perbualan yang dituturkan dalam audio.

"Oleh itu, (pihak terlibat) perlu memastikan pertuturan dalam audio jelas dan sampai kepada semua murid. Ada murid yang sudah mahir dalam Bahasa Inggeris tapi bagaimana pula dengan murid yang tidak memahami (audio)? " katanya kepada Majoriti.

file7p0ar9uhqll16x40vfg7

Calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat di Bandar Baru Bangi, Selangor melakukan persediaan sebelum menjawab peperiksaan pada Isnin lalu.

Bercakap mengenai timbul desakan untuk mendedahkan audio berkenaan, Anuar Ahmad berkata, ia sememangnya tidak mampu menyelesaikan masalah ketika ini.

Sebaliknya, beliau menyarankan, ahli jawatankuasa dan pakar Bahasa Inggeris di universiti perlu dilantik bagi memastikan audio ujian tersebut menepati kualiti sepatutnya.

"LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) perlu berhati-hati supaya tidak berlaku gangguan seperti mana sebelum ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram