Perarakan bawa 'senjata' antara acara pertandingan, polis Terengganu siasat jika ada kesalahan


  • 112
  • Ahad, 19 Feb 2023

Gambar tular di media sosial menunjukkan peserta perarakan membawa replika senjata bersama kostum yang dipakai. — Facebook

POLIS Terengganu akan menyiasat program perarakan sekumpulan pemuda sebuah parti politik yang didakwa membawa senjata di Setiu, Kuala Terengganu, Terengganu pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, video perarakan tersebut tular di media sosial, yang memaparkan kumpulan pemuda itu membawa replika senjata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Februari lalu di sebuah kawasan resort di Setiu. Perarakan itu merupakan salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, program itu disertai setiap daerah di negeri ini dengan hanya satu kumpulan mengenakan pakaian sambil membawa replika senjata.

Menurut Rohaimi, pihaknya mengetahui mengenai program tersebut, namun tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram