Lima anggota badan penasihat khas dilantik tanpa bayaran — Anwar


  • Primer
  • Selasa, 07 Feb 2023

Anwar (kanan) bergambar bersama Mohd Hassan. — Facebook/Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, Anwar berkata, kumpulan penasihat yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi bertanggungjawab bagi membantu menasihatinya selaku Menteri Kewangan.

Beliau berkata, empat lagi anggota badan penasihat khas itu ialah Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Anwar turut mengulangi pendiriannya bahawa, anggota badan penasihat khas itu tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram