PM kembali bertugas lepas jalani pemeriksaan di IJN


  • Primer
  • Ahad, 05 Feb 2023

Anwar (kiri) kembali menyambung tugas selepas doktor mengesahkan kesihatannya dalam keadaan baik. — Facebook

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjalankan tugas selepas menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Ahad.

Menurut beliau selesai pemeriksaan itu, doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.

"Pagi tadi (Ahad) jalani pemeriksaan kesihatan IJN.

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf.

“Alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilapor berkata, Anwar dijadual menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi Ahad, namun tidak dapat berbuat demikian kerana beliau tidak sihat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram