ORANG ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan rayuan sindiket peminta sedekah, yang berlegar-legar di sekitar kawasan Suria KLCC di ibu negara.
Menerusi video tular, pengguna TikTok dikenali sebagai rabiatulshafee1 berkata, dia pada mulanya didekati oleh seorang wanita yang mengaku sebagai warga Syria baru-baru ini.
Dengan bermodalkan seorang kanak-kanak yang dibawa bersama untuk meraih simpati, wanita terbabit memberi alasan masih belum menjamah sebarang makanan, seterusnya meminta wang kepada mangsa secara paksa.
"Hati-hati ye di KLCC. Dia paksa dengan nada yang sangat tinggi.
"Dan dia panggil saya baby (panggilan manja). Dia kata dari Syria. Tak bagi (wang) nak marah-marah pula," katanya.
Tambahnya, terdapat empat orang termasuk ketua ahli sindiket itu yang berada di lokasi sama dan memerhati kejadian tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan sindiket itu.
Tulis Shahaaira: "Hari tu saya kena dengan dia juga dekat depan MRT Bukit Bintang. Cepat-cepat saya kata sorry (maaf) lepas tu lari."
Nikiloversss berkata: "Selalu juga terserempak dan terus buat-buat tak nampak."
Kata Riena Abu: Sekarang banyak dekat kawasan KLCC."
PakNgahEdyZ153 mendakwa: "Jaga-jaga ada antara mereka yang pandai pukau."
Belum ada sebarang kenyataan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,