[VIDEO] Menari sakan tanpa berhijab, pasangan kekasih dipenjara 10 tahun


  • Benua
  • Khamis, 02 Feb 2023

Sepasang kekasih tunang dipenjara selama 10 tahun selepas didakwa melanggar peraturan di negara Iran.

SEPASANG kekasih dijatuhi hukuman penjara 10 tahun susulan tindakan mereka menari di mercu tanda Tehran, Iran.

Tertuduh yang dikenali sebagai Astiaj Haghighi dan tunangnya, Amir Mohammad Ahmadi telah ditangkap pada November lalu selepas rakaman tarian itu tular di laman media sosial.

Selain itu, mereka turut dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti sosial di internet dan diarahkan untuk meninggalkan negara berkenaan selama dua tahun.

Kedua-duanya dihukum penjara 10 tahun dan enam bulan atas dakwaan mempromosikan aktiviti berunsurkan lucah, perhimpunan dan pakatan sulit terhadap keselamatan negara, serta propaganda terhadap rejim.

Tidak memakai hijab dan menari di khalayak ramai, Haghighi secara tidak langsung telah melanggar peraturan di negara itu.

Perbuatan pasangan itu telah dinafikan oleh peguam semasa kes tersebut berlangsung di mahkamah.

Namun, Haghighi dilaporkan telah dipindahkan ke Penjara Qarchak, di Varamin, Iran manakala tunangnya pula ditahan kerana didakwa melanggar peraturan berpakaian di negara berkenaan.

Dalam pada itu, insiden terbabit dilihat sebagai cubaan gerakan protes dilakukan oleh rakyat di negara itu yang mahu menuntut lebih banyak kebebasan di Iran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram