[VIDEO] Selamba baling botol arak dari balkoni ke jalan raya, polis KL giat buru suspek


  • 112
  • Jumaat, 03 Feb 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki membali botol ke arah jalan raya dari balkoni rumah apartmennya di ibu negara. — Facebook

TULAR di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki membaling barangan didakwa botol kaca arak dari balkoni sebuah rumah apartmen ke arah jalan raya.

Menerusi video tersebut, keadaan trafik yang berada di bawah kondominium itu berada dalam keadaan sesak namun tidak dapat dipastikan jika botol itu terkena pada kenderaan atau tidak.

Sementara itu, jurucakap Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan ringkas berkata, kejadian dipercayai berlaku di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tambahnya, siasatan untuk mengesan pelaku juga sedang dilakukan.

Perbuatan seperti ini tidak seharusnya menjadi ikutan tetapi ia dipaparkan supaya orang ramai peka dengan sebarang tindakan yang boleh mendatangkan mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada pihak lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram